Tuesday, September 15, 2009

Aqiqah Untuk Putera Muhammad Ma'idz Fakhariy Bin Muhammad Faisal

Alhamdullillah, tanggal 15 September (25 Ramadan 1430H), selepas solat zohor satu ibadat sunat aqiqah telah dijalankan dengan lancarnya di Kandang Bina Ternak Farm (BTF) kepunyaan Crew Kambing Malaya Network (KMN) Brother Zul.

Sememangnya BTF telah diakui mempunyai stok ternakan untuk mengerjakan ibadat yang sangat dituntut bagi meraikan kedatangan khalifah baru Putera Muhammad Ma'idz Fakhriy oleh Pemberi Nafkah Saudara Muhammad Faisal.


Setelah proses pemilihan ternakan dan seterusnya akad jualbeli serta penyerahaan wakil untuk sembelihan aqiqah.. Ibadat ini telah selamat disempurnakan semuga semua hasil kerja mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt. Dan diluaskan lagi rezeki bagi mereka yang terlibat..Aminnn.

Terima Kasih dan Taniah kepada Saudara Muhammad Faisal di atas ibadat tersebut.

Introducer :
Rie (019-2672529)
Zul (010-3232529)