Saturday, June 27, 2009

Aqiqah Untuk Puteri Damia Bt Izawan

27 Jamadilakhir 2430 / Ahad / Selepas Solat Asar.

Bertempat di Bilik Sembelihan Al-falah Agroventures (KLIK) dan kerjasama dari Kambing Malaya Network (KLIK) satu ibadat aqiqah telah dijalankan dengan sebaiknya sehingga ke proses pemotongan Di Boning Casserose Centre untuk Pemberi Nafkah kepada Puteri Damia Bt Izwan iaitu Saudara Izwan Bin Mashuri.

Proses bermula dengan memilih ternak dan akad jual beli ternakan. Sembelihan dilakukan oleh Saudara Tumirin merupakan penyembelih Bertualiah dari MAIS dan melapah oleh crew Al-falah.. ibadat tersebut berjaya disempurna tanpa permasalahan yang timbul.. Alhamdulillah semuga mereka yang terlibat dapat menumpang keberkatan dari ibadat ini.

Terima Kasih kepada Saudara Izwan Bin Mahsuri kerana memberi kepercayaan kepada kami semua untuk menguruskan idadat ini.. Doa kami semuga apa yang dilakukan beroleh kerahmatan dan kekeberkatan.

Introducer :
Pn Paziah Binti Yusof